
Apakah Dagangan CFD Indeks?
Indeks Saham, atau Indeks Ekuiti merupakan gugusan saham yang mewakili prestasi dan mengukur nilai sektor pasaran saham tertentu miliknya. Ia biasanya meliputi syarikat-syarikat dengan modal pasaran terbesar dan aktiviti dagangan paling tinggi dalam pasaran sepadan bagi saham (cth. NASDAQ 100) atau negara (cth. Nikkei 225 Jepun) tertentu.
Setiap nilai indeks ditentukan oleh purata harga sahamnya, di mana syarikat-syarikat besar menjadi penyumbang modal terbesar dan menentukan prestasi keseluruhan indeks berkenaan.
Dagangan dalam CFD Indeks membolehkan pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka merentasi rangkaian sektor perniagaan dan industri yang meluas, dengan memanfaatkan peluang dalam sesuatu pasaran serta meminimumkan risiko dalam yang lain.
Bagaimana Dagangan Indeks berfungsi?
Biasakan diri anda dengan antara indeks yang paling popular didagangkan di seluruh dunia seperti, S&P 500, NASDAQ 100, DAX 30, FTSE 100 dan Dow Jones 30.
Spekulasi terhadap peralihan harga indeks secara bandingannya adalah lebih selamat berbanding saham individu memandangkan harga sesuatu indeks dapat dipengaruhi oleh syarikat yang menyumbang kepada indeks tersebut.
Faktor lain yang dapat mempengaruhi harga indeks adalah ramalan ekonomi, ketidakpastian politik, peperangan, bencana alam dan bahaya lain.
Dengan anggapan bahawa anda telah memperhalusi faktor-faktor di atas, anda kini bersedia untuk melabur. Tentukan kedudukan yang anda ingin buka. Jika indeks pilihan anda mempunyai potensi untuk meningkat, anda boleh memilih untuk membeli, dan begitulah sebaliknya jika anda berasa bahawa indeks pilihan anda bakal menurun, jadi anda memilih untuk menjual.
