
Apakah Dagangan Komoditi?
Pasaran komoditi menawarkan anda peluang untuk memanfaatkan perubahan dalam penawaran dan permintaan barang yang didagangkan di seluruh dunia, sambil peniaga mengunci dan melindungi harga mereka untuk penghantaran yang akan datang. Kumpulan komoditi popular termasuk logam (emas, perak, tembaga, platinum, paladium), tenaga (minyak mentah, minyak brent, gas asli), bijirin (jagung, gandum) dan komoditi lembut lain (gula, koko, kopi).
Ia turut menawarkan peluang pelaburan yang lumayan, berikutan permintaannya yang tinggi, membolehkan pengurusan dan pemelbagaian risiko portfolio dilakukan, terutamanya sepanjang tempoh inflasi atau ketidakstabilan ekonomi.
*Komoditi Lembut dan bijirin dikecualikan daripada rangkaian produk yang ditawarkan di M4Markets
Bagaimana Dagangan Komoditi berfungsi?
Dalam dagangan CFD komoditi, anda tidak memiliki aset dasar bagi CFD yang anda beli. Sebagai pelabur, anda perlu melakukan spekulasi bagi reaksi pasaran komoditi terhadap pelbagai faktor yang mempengaruhi kehidupan harian kita.
Untuk melakukan spekulasi bagi peralihan harga komoditi, anda perlu mengambil kira faktor seperti cuaca, konflik dagangan, peperangan, perubahan geopolitik dan segala perubahan alam sekitar yang mempengaruhi harga komoditi dan menjejaskan kestabilan pasaran.
Dengan mengambil kira faktor-faktor di atas, anda boleh melakukan spekulasi sama ada harga komoditi yang anda inginkan akan meningkat atau menurun.
Kemudian, anda boleh membuka dagangan panjang/membeli atau dagangan pendek/menjual dengan harapan untuk menjana keuntungan. Antara komoditi yang paling popular didagangkan termasuk minyak Mentah, Emas, minyak Brent, Perak, Gas Asli, Jagung, Kacang Soya dan Kopi.
