Check M4Markets Trading FAQs and Learn how you Can Start Trading

Soalan Lazim Dagangan

Temui jawapan bagi persoalan paling lazim ditanya di sini

Tidak menemui apa yang anda cari?

Jika anda tidak menemui jawapan yang anda cari di sini, sila ajukan soalan anda kepada [email protected]

Selepas dokumen anda dimuat naik dan diluluskan, sekaligus mengesahkan profil anda, anda boleh membuka akaun dagangan.
Maklumat kelayakan bagi akaun dagangan anda akan dihantar melalui e-mel dan anda boleh memuat turun platform MT4 daripada laman web kami, danakan akaun anda dan mula berdagang.

Spread bagi jenis akaun VIP dan Elite adalah raw, maka ia bermula daripada 0. Bagi akaun Standard, spread bermula daripada 1.1 pip. Bergantung pada keadaan pasaran, spread mungkin tidak stabil (naik atau turun).

Margin merupakan jumlah wang yang anda perlukan untuk membuka sesuatu dagangan, dibahagikan dengan leveraj atau digandakan dengan keperluan margin, bergantung pada instrumen.

Tahap Margin merupakan Ekuiti yang dibahagikan dengan Margin yang digunakan. iaitu, Tahap Margin = Ekuiti / Margin
Margin Bebas bersamaan Ekuiti - Margin. iaitu, Margin Bebas = Ekuiti - Margin.

Margin sentiasa dikira dalam mata wang instrumen, yang akan ditukarkan kepada mata wang akaun. Contoh untuk Forex: Lot
* 100,000 / Leveraj Akaun dalam Mata wang AsasContoh untuk DE30.c (Indeks Tunai Dow Jones 30): Lot * 1 * Harga Pembukaan * % Keperluan MarginContoh untuk AAPL.QQ (Saham Apple): Lot * 1 * Harga Pembukaan * % Keperluan Margin

Saiz Kontrak bagi Emas adalah 100 auns, manakala Perak adalah 5,000 auns. Bagi XAUEUR: (Lot * 100 * Harga Buka * % Keperluan Margin) EUR
Bagi XAGUSD: USD (Lot * 5,000 * Harga Pembukaan * % Keperluan Margin)

Formula margin untuk CFD: Lot * Saiz Kontrak * Harga Pembukaan * % Keperluan Margin.

Bagaimanakah cara untuk mengira swap dalam pasangan mata wang (dalam Forex) dan Emas/Perak?

Formula swap adalah: Swap bagi Panjang/Pendek dalam mata * Nilai Mata * Lot dalam mata wang sebutan. Sila ambil maklum bahawa bergantung pada instrumen, swap akan meningkat tiga kali ganda pada satu hari dalam seminggu.

Contohnya: 5 Lot Beli GBP/USD dengan Swap Panjang bernilai -1.909. 1 mata bersamaan dengan USD 1. Maka, 5 * 1 * (-1.909) = -9.55, 1 hari swap untuk 5 Lot Beli GBP/USD

Contoh: 2.25 Lot Jual GBP/JPY dengan Swap Pendek bernilai -2.852. 1 mata bersamaan dengan JPY 100. Maka, 2.25 * 100 * (-2.852) = JPY -641.70

Contoh: 14.10 Lot Beli WTI_OIL, dengan Swap Panjang bernilai -12.075 mata. 1 mata bersamaan dengan USD 0.01. Maka, 14.10 * 0.01 * (-12.075) = USD -1.70

Henti Rugi merupakan perintah yang boleh ditempatkan oleh klien bagi meminimumkan kerugian atau mengehadkan keuntungan. Bagi perintah Beli, Henti Rugi boleh ditempatkan di bawah harga semasa; manakala bagi perintah Jual, Henti Rugi hanya boleh ditempatkan di atas harga semasa.

Ambil Untung merupakan perintah yang boleh ditempatkan oleh klien untuk menutup sesuatu kedudukan secara automatik apabila tahap harga Ambil Untung tertentu dicapai. Bagi perintah Beli, Ambil Untung boleh ditempatkan di atas harga semasa; manakala bagi perintah Jual, Ambil Untung hanya boleh ditempatkan di bawah harga semasa.

Jumlah Mata Wang Asas * Pip = Nilai dalam Mata Wang Sebutan

Contoh:
Nilai 1 pip dalam AUD/USD= 1 Lot (100,000 €)*0.0001= USD 10,
Nilai 1 pip dalam GBP/CHF= 1 Lot (100,000 $)*0.0001= CHF 10
Nilai 1 pip dalam AUD/JPY=1 Lot (100,000 €)*0.01= JPY 1,000

Pengiraan keuntungan bagi CFD adalah (Harga Tutup-Harga Buka)*Lot*Saiz Kontrak. Sila maklum bahawa saiz lot bagi setiap CFD adalah berbeza-beza.

Tidak, kedudukan terbuka akan kekal terbuka kecuali dalam keadaan pasaran tertentu, contohnya jika Henti Rugi atau Ambil Untung dicetuskan, atau penutupan pukal dilakukan terhadap dagangan masa hadapan. Hentian Jejakan dan Expert Advisor menjadi tidak aktif apabila akaun MT4 anda di luar talian.

Sekiranya anda tidak dapat log masuk ke akaun untuk menutup kedudukan terbuka, anda boleh menghubungi kami atau membuat permintaan menerusi e-mel daripada alamat e-mel yang anda gunakan semasa pendaftaran akaun anda.

Pergi ke platform MT4 anda, klik kanan pada "Sejarah akaun" dalam tetingkap terminal MT4, tetapkan tempoh masa dengan memilih "Tempoh tersuai", kemudian klik kanan pada "Simpan laporan".

Tiada jumlah maksimum bagi dagangan dalam talian.

Sementara Swap dibuka 7 hari seminggu, Pembrokeran dibuka 5 hari sahaja dalam seminggu. Justeru, sepanjang hari biasa, swap akan meningkat tiga kali ganda untuk menanggung kos bagi hujung minggu.

Ya, kami menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua klien runcit kami.

Saiz dagangan minimum bagi Forex ialah 0.01 lot dan saiz dagangan maksimum ialah 100 lot. Jumlah maksimum bagi perintah yang anda boleh buka pada satu-satu akaun MT4 ialah 200.

M4Markets merupakan sebuah broker yang dikawal selia oleh FSA di Seychelles dengan model pelaksanaan Tanpa Meja Urusan (NDD), membekalkan kecairan dan dana lindung nilai daripada bank-bank terkemuka dunia.

Secara purata, kepantasan pelaksanaan kami adalah sekitar 0.15 saat.

Tahap panggilan margin adalah pada 100% dan Henti Keluar pada 60%.

Dagangan forex tersedia 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Anda boleh berdagang bermula hari Isnin, 00:05 hingga Khamis, 00:00 dan pada hari Jumaat, dagangan bermula jam 00:05 hingga 23:59 (Waktu Pelayan MT4).
Bagi CFD dalam Indeks Saham dan WTI, sila rujuk halaman Waktu Dagangan untuk waktu dagangan yang lebih terperinci. Waktu pelayan ditetapkan kepada GMT+2 dan GMT+3 pada Waktu Musim Panas di A.S. dan Eropah.

Bagi Pelayan Langsung, anda boleh memilih TrinotaMarkets-Live, manakala pada pelayan Demo, temui kami di TrinotaMarkets-Demo.

Tidak, kami tidak menawarkan dagangan opsyen binari.

Tidak, anda tidak boleh menukar mata wang asas bagi akaun sedia ada anda. Jika anda mahu, anda boleh membuka akaun dagangan tambahan dan pilih mata wang asas pilihan anda.

Sekiranya tidak aktif (iaitu, tiada aktiviti dagangan dalam akaun dagangan tertentu) atau klien melaksanakan sebarang strategi dagangan yang dianggap sebagai salahguna, Syarikat berhak untuk mengenakan klien semua yuran yang ditanggung oleh Syarikat berkenaan dengan deposit dan pengeluaran tertentu klien, tanpa mengira kaedah pembayaran yang digunakan. Anda boleh merujuk Perjanjian Perkhidmatan Klien kami pada bila-bila masa.

Jika anda tidak menemui jawapan yang anda cari di sini, sila ajukan soalan anda kepada [email protected] [email protected]

Berdagang bersama M4Markets

Alami syarat dagangan luar biasa dengan broker yang dipercayai

Dagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi