M4Markets mengumumkan bahawa ia baru sahaja melancarkan dagangan pada platform proprietari MT5 kami yang boleh dimuat turun daripada halaman khas di laman web kami.

MT5 menampilkan pelbagai kefungsian canggih sambil mengekalkan semua alatan yang menjadikan platform sebelumnya, MT4 begitu popular dalam kalangan pedagang seluruh dunia. Sebagai tambahan kepada alatan dan penanda analisis mendalam yang ditawarkan menerusi platform dagangan MT5, ia turut dibina dengan penuh intuitif untuk pengguna dan menampilkan antara muka yang mesra pengguna untuk kawalan yang lebih baik terhadap pengalaman dagangan anda.

Dipasangkan dengan persekitaran dagangan termaju M4Markets, spread dan komisen rendah serta pelaksanaan ultra pantas, MT5 bakal menawarkan pedagang daripada semua peringkat kemahiran dengan pelbagai kelebihan menerusi pengalaman dagangan khusus yang sesuai dengan setiap keperluan mereka.

Pengarah Eksekutif M4Markets, Deepak Jassal berkata bahawa MT5 merupakan tambahan yang telah lama dinantikan buat platform dagangan M4Markets, dan keupayaan serta ciri-ciri canggih yang ditawarkannya begitu sesuai dengan misi dan matlamat kami. “Kami inginkan pedagang untuk menikmati manfaat terbaik pasaran, dengan teknologi terbaik dalam kelasnya.”

Platform MT5 M4Markets ditawarkan kepada pedagang forex, indeks dan komoditi, dan tersedia untuk Mac atau PC serta peranti iOS dan Android.

Baca lebih lanjut tentang perbezaan Metatrader 5 dan Metatrader 4.